ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah
kepada Allah dengan taubat yang sebenar ..”
(At-Tahrim: 8) ..
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:
“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ..
Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya ..
Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ..”
(Az-Zumar: 53) ..
Cara Solat Sunat Taubat ..
~ Lafaz Niat ~
“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat
dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
~ Rakaat
Pertama ~
Al-Fatihah
&
Surah Al-kafirun (@ mana2 surah dalam
Al-Quran)
*BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM ..
QUL YAA AYYUHAL KAAFIRUUN ..
LAA A'BUDU MAA TA'BUDUUN ..
WA LAA ANTUM AABIDUUNA MAA A'BUD ..
WA LAA ANA AABIDUN MAA ABADTUM ..
WA LAA ANTUM ABIDUUNA MAA A'BUD ..
LAKUM DIINUKUM WA LIYADIIN ..
~ Rakaat Kedua ~
Al-Fatihah
&
Surah Al-Ikhlas (@ mana2 surah dalam Al-Quran)
*BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM
QUL HUWALLAAHU AHAD
ALLAAHUS-SAMAD
LAM YALID WA LAM YUULAD
WA LAM YAKUN LAHU KUFUAN AHAD
~ Semasa Sujud
Akhir ~
Semasa sujud akhir rakaat
kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh
di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo
li-miyn.”
Ertinya: “Tidak
ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah
termasuk orang-orang yang zalim.”
Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil
‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu
i-laih.”
Ertinya: “Daku mohon ampun kepada
Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus dan daku bertaubat -Nkepadaya.”
Sambung baca
Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil
‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu
i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa
naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Ertinya:
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia
Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya
seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak
mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai
kematian, hidup dan kebangkitan.
Sayyidul Istighfar
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي, لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ, خَلَقْتَنِي, وَأَنَا عَبْدُكَ, وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اِسْتَطَعْتُ, أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ, أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ, وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي, فَاغْفِرْ لِي; فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ اَلذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
“AL-Laa-Hum-ma
an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni
wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu,
a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu
u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii,
fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya
Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan
daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji
dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala
kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau
berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana
tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
~ Doa Taubat ~

Daku memohon ampun kepada
Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada
Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat
kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya
untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan
mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak). Daku mohon
perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya.
Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman. Ya
Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih
dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu
di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya. Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas
daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai
daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali
menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali
Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. Ya
Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan
kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang!
Fadhilat
Taubat:
Diampunkan Allah SWT ..
Dimudahkan segala urusan ..
Menceriakan kehidupan seharian ..
Menghilangkan perasaan yang menekan ..
Mencegah dosa dan menghindari gangguan
..
Syarat-syarat
taubat :
~Ikhlas ingin
bertaubat
~Tidak akan
mengulangi perbuatan dosa itu lagi
~Menyesal atas
perbuatan yang telah dilakukan
~Harus
mempunyai tekad di dalam hati tidak akan
melakukan dosa
itu untuk selama-lamanya
~Dikerjakan
sebelum ajal tiba
Jika salah
satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika
dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu
harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal
itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus
menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka
ia harus memohon keredhaannya.
Waktu
Melaksanakan Taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia
sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit
demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan
hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan
membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati
hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah
sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan
segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan
berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata
kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.”
(Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh
orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh
orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk
melakukan taubat dengan segera.