Saljuku

http://effects-gif-images.blogspot.rohttp://effects-gif-images.blogspot.ro

Tuesday, April 29, 2014

Untuk Akhi Yang Bakal Menjadi Calon Zaujku

Assalamualaikum Yaa Akhi ..

Kaifa haluka al yaum ?
Maza yaf 'al yaa akhi ?
Barakallahu fik ..

Yaa Akhi ..
Ukthi disini ingin mengetahui bagaimana perkembangan perjuanganmu harini ?
Semoga Yaa Rabb sentiasa memberi semangat kepada mu yaa akhi ..
Ukhti sentiasa mendoakan untuk kebaikan disetiap langkah mu setiap hari ..
Semoga yaa akhi dapat meneruskan perjuangan mengejar cinta Allah ..
^__^


Yaa Akhi ..
Walau ribut melanda .. Walau terpijak duri .. Walau sakit yang mendalam ..
Walau Jatuh macam mana sekalipun .. Ukhti berharap ..
Teruskan lah perjalanan yaa akhi .. Bangun lah .. 
Rintih lah pada Yaa Rabb .. Mengadulah padaNYA ..
Mintalah dengan sesungguhnya ..
Ijtahid wala taksal yea yaa akhi ..
Laa tahzan .. Innallaha maana ..

Yaa Akhi ..
Ukhti tahu .. Akhi adalah seorang yang berpendirian teguh ..
Ukhti tahu .. Akhi seorang yang berfikiran matang ..
Ukhti tahu .. Akhi boleh membuat keputusan yang baik ..
Ukhti tahu .. Akhi akan cuba sedaya upaya untuk mencari cinta Allah ..
Dan .. Ukhti tahu jua .. Akhi seorang yang kuat semangat dan sentiasa bersabar ..
Jadi .. Disini ukhti mahu .. Berdoa dan usaha lah untuk menjadi lebih kuat ..
Kerana usaha akhi bukan usaha sia-sia ..

Yaa Akhi ..
Kita lupakan sahaja masa lalu ..
Yang manis kita jadikan kenangan ..
Yang pahit kita buang kan ..
Masa lalu bukanlah penentu masa depan ..
Akhi sudah pun melangkah .. 
Ia sangat menarik hati ukhti ..
Walau dalam hati ukhti tidak mempunyai perasaan ..
Akan tetapi jika jodoh ..
Allah akan hadiahkan jua cinta itu untuk kita ..
Kerana itu janganlah kita mudah leka oleh dunia ..
Redhakan dan maafkan masa lalu ..

Yaa Akhi ..
Ketahuilah .. Tiada kisah yang sempurna ..
Tetapi Allah selalu memberi kisah yang sempurna untuk kita ..
Jadi .. kitalah yang harus sempurnakannya ..

Yaa Akhi ..
Yang paling jauh itu bukanlah matahari ..
Bukan juga bulan ataupun bintang ..
Tapi adalah masa yang berlalu tidak akan kembali ..
Yang ada hanyalah hari ini ..
Kerana hari esok belum pasti menjadi milik kita ..

"Sungguh bahagia insan yang menemukan cinta dengan rindu sejati ..
Ibarat tasbih dan pengikatnya .. Terajud menjadi untaian ..
Yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia ..
Yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabbnya .."

*Laila sa'eda wa ahlaam ladida yaa akhi !! *

Ukhti mencintai akhi kerana Allah ..
Hilang agama mu .. Hilang jua cintaku padamu ..

Sunday, April 27, 2014

Solat Sunat Taubat ..


Assalamualaikum

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah
kepada Allah dengan taubat yang sebenar ..
(At-Tahrim: 8) ..


Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:
Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ..
Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya ..
Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ..
(Az-Zumar: 53) ..


Cara Solat Sunat Taubat ..


~ Lafaz Niat ~
“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

~ Rakaat Pertama ~

Al-Fatihah
&
Surah Al-kafirun (@ mana2 surah dalam Al-Quran)

*BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM ..
QUL YAA AYYUHAL KAAFIRUUN ..
LAA A'BUDU MAA TA'BUDUUN ..
WA LAA ANTUM AABIDUUNA MAA A'BUD ..
WA LAA ANA AABIDUN MAA ABADTUM ..
WA LAA ANTUM ABIDUUNA MAA A'BUD ..
LAKUM DIINUKUM WA LIYADIIN ..

~ Rakaat Kedua ~

Al-Fatihah
&
Surah Al-Ikhlas (@ mana2 surah dalam Al-Quran)
*BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

QUL HUWALLAAHU AHAD
ALLAAHUS-SAMAD
LAM YALID WA LAM YUULAD
WA LAM YAKUN LAHU KUFUAN AHAD


~ Semasa Sujud Akhir ~

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),



“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Ertinya: Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;


“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Ertinya: “Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat -Nkepadaya.”



Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Ertinya: Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.




Sayyidul Istighfar
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي, لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ, خَلَقْتَنِي, وَأَنَا عَبْدُكَ, وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اِسْتَطَعْتُ, أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ, أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ, وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي, فَاغْفِرْ لِي; فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ اَلذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.



~ Doa Taubat ~


Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak). Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman. Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya. Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.  Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!







Fadhilat Taubat:

Diampunkan Allah SWT ..
Dimudahkan segala urusan ..
Menceriakan kehidupan seharian ..
Menghilangkan perasaan yang menekan ..
Mencegah dosa dan menghindari gangguan ..

Syarat-syarat taubat :

~Ikhlas ingin bertaubat
~Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
~Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
~Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan
melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
~Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu Melaksanakan Taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.