" Oh Muslimah ..
You're a symbol of true Islam ..
You represent muslims from near and far ..
You are a sign for the world to
read ..
You symbolize what our nation
really needs ..
Peace .. Kindness .. Inner
strength .. and Faith .. "
" Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya .. yang demikian itu adalah
lebih suci bagi mereka .. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat .. Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan
perhiasan kecuali yang biasa nampak daripadanya .. "
Wahai wanita solehah ..
Mujahidah sejati
Engkaulah srikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan
Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa
Mujahidah sejati
Berbekal al-Quran dan as-Sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia
Wahai wanita solehah ..
Jangan Bersedih
Cinta Rasulullah Menjamin
Kebahagiaan
Jangan Bersedih
Redha Dengan Anugerah Allah
Membuat
Anda Terkaya di Dunia
Jangan Bersedih
Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas
Jangan Bersedih
Semata-mata Kerana Anda Berbeza
dengan orang lain
Jangan Bersedih
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan
@ Dizalimi
Jangan Bersedih
Sesungguhnya Setelah Kesusahan
Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat
Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu
Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
Jangan Bersedih
Allah Tidak kan Mensiakan
Pengorbananmu
Jangan Bersedih
Dunia ini Terlalu Hina Untuk
Ditangisi
Wahai wanita solehah ..
Allah memujuk dan menjawab setiap
persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yangindah...
✿ Kita bertanya : Kenapa
aku diuji?
♥ Al-Quran menjawab :
"Apakah manusia itu mengira
bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan
mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
✿ Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
♥ Al-Quran menjawab :
"Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216
✿ Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
♥ Al-Quran menjawab :
"Allah tidak membebani
seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286
✿ Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?
♥ Al-Quran menjawab :
"Janganlah kamu bersifat
lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139
✿ Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?
♥ Al-Quran menjawab :
"Wahai orang-orang yang
beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah,
supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200
✿ Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?
♥ Al-Quran menjawab :
"Dan mintalah pertolongan
(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45
✿ Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
♥ Al-Quran menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak
ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129
✿ Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?
♥ Al-Quran menjawab :
"...Dan janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat
Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 87
✿ Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?
♥ Al-Quran menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah
membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga
kepada mereka.."
Surah At-Taubah, ayat 111
~Esok Akan Merekah Bunga Yang HArum Baunya Mengusir Segala Kesedihan Dan Menjadi Penghibur Hati..~
*Mari berCinta dengan Allah! ^_^
* Letaklah CINTA yang hakiki mu
itu pada ALLAH ..
kerana Allah membalas CINTAMU itu
lebih dari mereka cintakanmu ..



No comments:
Post a Comment